Melayu.com ialah satu projek untuk meningkatkan taraf kehidupan Bangsa Melayu dengan menggunakan Teknologi Maklumat secara strategik dan bersepadu.
Melayu.com dilaksana menerusi 19 projek yang akan dilancarkan dari masa ke semasa.
Fasa Pertama dari 2020 - 2029, projek ini mesti berjaya demi masa depan kita.
Sasaran pendapatan Bangsa Melayu mencapai RM1 Trillion setahun. Sejuta orang Jutawan!
Orang Melayu dari seluruh dunia dijemput menyertai Melayu.com
Anda Melayu, separuh / bukan Melayu? Tiada masalah. Semua dijemput.
Semua usaha ikhlas mengharapkan redha dunia dan akhirat.
"Masanya ialah sekarang bagi Bangsa Melayu berusaha secara bersungguh-sungguh, bijaksana, bermuafakat dan berstrategik untuk meningkatkan taraf kehidupan kita.
Kita tidak mahu terus menerus berada di takuk lama dengan masa depan yang tidak terjamin. Kita tidak mahu merempat di negeri sendiri, mengharapkan ihsan orang lain atau dipandang rendah kerana kekurangan kita.
Penggunaan Teknologi Maklumat secara sistematik dan bersepadu mampu menggandakan usaha di samping melonjakkan kita jauh ke hadapan. Apa yang kita cuba buat mungkin susah, tetapi tidak mustahil.
Kita mesti berani mencuba dan terus menerus memperbaiki usaha sehinggalah kita berjaya."
Setiap bulan Melayu.com akan menerbitkan Majalah. Edisi Ketiga pada September 2020 memperkenalkan Projek Sembang di Melayu.com. Sudilah untuk muat turun dan edarkan.
September 2020Ogos 2020 Julai 2020T-shirt ekslusif Melayu.com dibuka untuk jualan di Shopee.
Keuntungan setiap pembelian akan digunakan sepenuhnya untuk membangunkan projek Melayu.com.